Selamat Datang.. Kunjungan Tuan Kami Sanjungi...

Friday 23 September 2011

Dokumen Standard KSSR

Salam.. cikgu-cikgu boleh rujuk draf dokumen standard KSSR di pautan di bawah. Sumber daripada Laman BPK. Sentiasa rujuk pautan di bawah untuk perkembangan yang terbaru. Terima kasih..

Klik link di bawah...

Thursday 22 September 2011

Contoh evidens KSSR Matematik Tahun 2

Salam cikgu-cikgu. Di sini disertakan contoh evidens untuk Matematik Tahun 2 mengikut Band. Cikgu-cikgu boleh download dan ubah mengikut kesesuaian.

sila klik link di bawah...

Contoh Rancangan Pengajaran Harian KSSR Tahun 2 (2)

Rancangan Pelajaran Harian
Beserta Linus - Numerasi

Matapelajaran      : Matematik
Kelas                    : Tahun 2A
Bilangan murid    : 30 orang
Tajuk                    : 10. Panjang
Masa                    : 9:15-10:15 (60 minit)
Standard pelajaran: 10.2 (ii)
Objektif                : Selepas pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:
(i) mengukur dan merekodkan ukuran panjang objek dalam unit cm dan m
Aktiviti P&P:
(1) Murid Perdana
1.     Membuat ulangkaji pengajaran.
2.     Bersoal jawab dengan murid mengenai unit ukuran yang sesuai digunakan berdasarkan objek yang ditunjukkan. Contoh:







3.  Membimbing murid mengukur dengan menggunakan pembaris serta membaca dengan betul bacaan pada alat pengukur.
4.     Murid merekod bacaan dalam unit cm atau m dengan betul.
5.     Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan berenam dan diberikan lembaran kerja (tugasan). Contoh seperti di bawah.


(2) Murid Linus
  1.  Membuat ulangkaji pengajaran.
  2.  Murid memerhatikan gambar atau ojek yang ditunjukkan dalam komputer.
  3.  Murid diminta membanding beza di antara 2 objek mengikut ukuran cm dan m.  Contoh rumah dan pencil.
  4.  Memberi lembaran kerja (tugasan) dan murid diminta menulis ukuran cm atau m, contoh seperti di bawah.
EMK:
1.     Kreatif (Membina kumpulan murid, kumpulan objek mengikut unit cm dan m)
2.     Inovatif (menggunakan idea baru untuk mengukur, contoh benang atau tali)
3.     TMK ( murid linus )


BBB:
Kotak pencil warna, pencil, kapur, pintu kelas, meja guru, almari, pembaris dalam ukuran cm dan m, pita pengukur, komputer dan lembaran kerja.


Penilaian:
Berkerjasama, ketepatan, teliti dan bertanggungjawab.


Refleksi
1.     Impak:
2.     Tindakan susulan:














Contoh Rancangan Pengajaran Harian KSSR Tahun 2

Rancangan Pelajaran Harian
Beserta Linus - Numerasi

Matapelajaran      : Matematik
Kelas                    : Tahun 2A
Bilangan murid    : 30 orang
Tajuk                    : 10. Panjang
Masa                    : 8:15-9:15 (60 minit)
Standard pelajaran : 10.3 (i)
Objektif                : Selepas pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:
(i)   Menganggar panjang suatu objek dalam unit sentimeter dan unit meter dan bandingkan anggaran dengan ukuran sebenar.
Aktiviti P&P:
(1) Murid Perdana
1.     Guru mengimbas isi pelajaran yang lalu.
2.     Bersoal jawab dengan murid mengenai bacaan dan mencatat rekod ukuran dalam unit sentimeter dan meter dengan betul. Contoh:






3.     Guru menunjukkan satu objek maujud seperti botol air dan meminta murid menganggarkan tinggi objek tersebut menggunakan unit yang betul.
4.     Guru merekodkan setiap anggaran ukuran yang diberi oleh murid pada papan tulis.
5.     Kemudian, guru meminta murid membuat ukuran sebenar objek tersebut dan dicatatkan. Lihat perbezaan anggaran dan ukuran sebenar.
6.     Guru mengedarkan lembaran kerja secara individu dan minta murid melengkapkan maklumat yang diminta.

(1) Murid Linus
1.  Guru mengimbas isi pelajaran yang lalu.
2.  Guru membimbing murid membuat anggaan ukuran panjang dalam unit
sentimeter dan meter berpandukan rajah dalam komputer.
     3.  Guru membimbing murid memadankan gambar dan anggaran ukuran yang
sesuai .
Contoh seperti lampiran.

EMK:
1.     Kreatif ( kumpulan objek mengikut unit cm dan m, membanding beza )
2.     TMK ( murid linus membuat padanan )

BBB:
Kotak pencil warna, pencil, kapur, pintu kelas, meja guru, almari, pembaris dalam ukuran cm dan m, pita pengukur, komputer dan lembaran kerja.

Penilaian:
Berkerjasama, ketepatan, teliti dan bertanggungjawab.

Refleksi
1.     Impak: 25 daripada 28 orang murid perdana dapat menganggar dan mengukur sesuatu objek dengan betul.
2.     Tindakan susulan: 3 orang murid diberikan latih tubi tambahan. 


 CONTOH LEMBARAN TUGASAN INDIVIDU ( EVIDENS )
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
 
Objek
Anggaran
Ukuran Sebenar

















Wednesday 24 August 2011

LDP kali ke-5


Hollla... Kengkawan semua.. Mari ke LADAP esok di Makmal ICT jam 1.35pm yea.. Cepat sudah, cepat kita semua dapat balik...
Ilmu yang ada dikongsi bersama..
Ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama..
Ilmu tanpa amal, ibarat pokok tidak berbuah..
Lama-lama ditebang dan dibakar dahannya sehingga hangus menjadi arang...
Renung-renungkan.. dan selamat beramal... hehehe....

TEKNIK BELAJAR MATEMATIK

Ada Beberapa Perkara Yang Perlu Dipelajari Tentang Matematik.

Satu, Kalau Nak Pandai Matematik, Kita Kena Suka Matapelajaran Tu. Habis, Kalau Kita Dah Memang Tak Suka Macam Mana? Caranya, Mula-Mula Buat-Buat Macam Kita Sukakan Matapelajaran Tu. Kita Macam Berlakon Sikit Yang Kita Suka Subjek Tu. Kemudian, Mula Buat Latihan Sedikit Demi Sedikit. Tak Perlu Terus Mula Dengan 100 Soalan. Bukan Apa, Takut Terkejut Nanti Lepas Tu Terus Makin Benci.

Kedua, Matematik Adalah Latihan Dan Latihan Adalah Matematik. Maksud Saya, Matematik Adalah Satu Subjek Yang Anda Perlu Buat Latihan Untuk Menguasainya, Bukan Membaca. (Ada Pelajar Yang Belajar Matematik Dengan Hanya Membacanya). Saya Berjaya Menguasai Matematik Kerana Saya Rajin Buat Latihan. Semakin Banyak Latihan Saya Buat, Saya Jadi Semakin Cekap. Malah, Ramai Kawan Sekelas Akan Tanya Saya Tentang Cara Menjawab Soalan Matematik.

Ketiga, Matematik Adalah Matapelajaran Yang Memerlukan Disiplin. Walaupun Anda Faham Topik Tertentu, Anda Tidak Akan Dapat Menjawab Dalam Masa Yang Diberikan Jika Anda Tidak Mendisiplinkan Diri Untuk Menjawab Soalan Matematik. Setiap Kali Anda Berlatih Menjawab Soalan Matematik, Catat Masa Yang Anda Ambil. Selalunya Anda Ada Masa Kurang Daripada 3 Minit Untuk Menjawab Satu Soalan. Jadi, Cuba Kejar Masa Itu, Maksud Saya, Cuba Latih Menjawab Dengan Secepat Mungkin.

Keempat, Anda Perlu Hafal Sifir! Saya Tahu Ramai Pelajar Yang Merungut Tentang Perkara Ini. Ada Pelajar Sekolah Menengah Bila Diuji Dengan Sifir 7 Pun Tidak Lepas. Alasan Mereka, Mereka Boleh Guna Mesin Kira, Mengapa Perlu Ingat Sifir?

Persoalannya Ialah, Hafal Sifir Bukan Sahaja Untuk Mengetahui Berapa 5 X 5 Dan Berapa 12 X 7. Tetapi, Menghafal Sifir Akan Membuat Otak Anda Lebih Cepat Dan Cekap Mengira. Kalau Asyik Bergantung Kepada Mesin Kira, Daya Pemikiran Anda Akan Semakin Lemah Kerana Tidak Ada Usaha Yang Dilakukan Oleh Otak Anda. Lihat Mereka Yang Handal Matematik, Pasti Mereka Cekap Juga Dalam Sifir.

Akhir Sekali, Anda Perlu Ada Azam Dan Kemahuan Untuk Jadi Hebat Dalam Subjek Matematik. Jika Anda Kisah Tidak Kisah, Sukar Untuk Anda Kuasai Subjek Ini. Insyaallah Saya Akan Kongsikan Lagi Di Masa Akan Datang Petua-Petua Untuk Menguasai Matapelajaran Matematik Ini.


Sumber: Osman Affan , Ismartstudy

Friday 12 August 2011

Bank Soalan matematik Penggal 1 2011

Untuk menyemak dan mengikuti contoh soalan peperiksaan Matematik Penggal 1, Klik pada tajuk pilihan. terima kasih..


Monday 25 July 2011

Untuk Renungan Kita Bersama

1) Jika kita semua menjalankan tugas kita dengan sempurna, tidak akan ada orang lain yang tidak menjalankan tugas. Sebaliknya, jika kita menanti-nanti orang lain, maka tiada sesiapa pun yang mengorak langkah memulakannya..
2) Tugas seorang pendidik ialah pekerjaan mental yang tidak dimulai waktu tiba di pejabat/sekolah dan tidak berhenti waktu ia pulang.
3) Setiap orang mungkin melakukan kesalahan, tetapi hanya orang bodoh sahaja yang akan mengulanginya.
4) Membiarkan diri dengan kesilapan-kesilapan kecil dan menjerumuskan kepada kesilapan yang lebih besar lagi.
5) Kejayaan yang sebenar bukan terletak pada tidak pernah jatuh, tetapi terletak pada kesanggupan tegak kembali setiap kali jatuh.
6) Kita tidak dapat mengambil hati orang kecuali kita sanggup memberi hati kita.
7) Pengawas yang lemah disiplin, cuai menjalankan tugas mereka ialah yang lewat datang dan ingin balik cepat.

Tan Sri Ainuddin Wahid
Naib Canselor
Universiti Teknologi Malaysia.

Friday 22 July 2011

Tokoh Matematik Ulung - Al-Khawarizmi

AL-KHAWARIZMI dilahirkan di Bukhara. Nama sebenarnya ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Selain itu, beliau dikenali juga sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-Gorism terkenal pada abad pertengahan. Di negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Di negara Inggeris pula dia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Dicatatkan, beliau meninggal dunia antara 220M dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad kesembilan.
Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan algebra dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah:
1. Sistem Nombor: Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum. Mufatih al-Ulum’ yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.

2. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind: Karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.

3. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: Diterbitkan pada 820M dan ia mengenai algebra.

4. Al-Jabr wa’l Muqabalah: Penggunaan secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

5. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: Contoh-contoh persoalan matematik dan mengemukakan 800 soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan algebra dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhur ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah Mafatih al-Ulum. Sistem nombor adalah salah satu sumbangannya dan telah digunakan pada zaman awal tamadun Islam.
Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segi tiga sama, mengira luas segi tiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan.
Al-Khawarizmi dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh sarjana Barat. G. Sarton pernah menyatakan bahawa pencapaian-pencapaian tertinggi telah diperoleh oleh orang-orang Timur terutama al-Khawarizmi.
Wiedmann pula menyifatkan al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bijaksana. Ini membuktikan al-Khawarizmi telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang matematik dan astronomi.


Sumber:
Utusan Malaysia
May 2006

Tak tergabung, tak terjalin

TAK TERGABUNG,
TAK TERJALIN .......




Dalam pengajaran kita, perlu ada penggabung jalinan untuk menghasilkan satu bentuk pengajaran yang menarik. Masih lagi dalam tajuk yang sama. Kali ini saya suntikkan elemen Pendidikan Seni dalam pengajaran saya.
Dalam ' Nombor Sana-Sini....;-)' saya telah mencadangkan supaya rakan guru meminta murid melukis nombor mengikut kreativiti masing-masing. Pengajaran itu juga menyuntik elemen pendidikan seni tetapi berbeza daripada segi kemahiran. Pengajaran tersebut menggunakan kemahiran melakar dan mewarna.

Kali ini saya cuba pula mencadangkan rakan guru mencungkil bakat pelajar untuk menghasilkan satu kolaj daripada bahan-bahan yang mereka pilih sendiri. Di sini saya mencadangkan murid menggunakan butang yang berbagai warna, kertas warna dan manik.



Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan 'kolaj nombor'
Kertas lukisan atau kertas keras ( kadbod )

Kertas warna, butang, manik
Gam dan gunting
Renda atau reben
Cara menghasilkannya


Murid melukis lakaran nombor di atas kertas lukisan atau kadbod masing-masing
Setelah siap, tampalkan kertas warna, butang atau manik pada lakaran itu tadi
Hiaskan dengan renda atau reben


Monday 18 July 2011

Peristiwa di sebalik nombor


Tiada penghujungnya.............

Sambungan P&P yang lalu............

Contoh hasil kerja murid pada minggu lalu....


Menggunakan hasil kerja murid yang sama, guru membimbing murid bercerita melalui nombor yang mereka lukis


Contoh : -




Lukisan di atas menunjukkan ' number 5'
Apa yang berlaku pada ' number 5' ? Murid boleh tulis pelbagai peristiwayang berlaku atau sebarang benda yang berkaitan dengan ' number 5 ' .

Contohnya : -
My birthday
I like number 5
I have 5 pencils


Thursday 14 July 2011

Nombor Sana Sini


Secangkir Kata, Seuntai Bicara......
Saya adalah seorang guru yang mengajar mata pelajaran Matematik di sekolah rendah luar bandar. Seperti mana yang masyarakat ketahui, mata pelajaran Matematik sekarang diajar dalam Bahasa Inggeris. Bagi masyarakat luar bandar, Bahasa Inggeris agak asing bagi mereka. Mereka pernah mendengarnya di televisyen ataupun melalui radio. Tetapi tidak pernah menggunakannya dalam perbualan harian mereka. Bukan sahaja masyarakat luar bandar, malah di bandar juga ada yang masih terpinggir dengan penggunaan Bahasa Inggeris. Masalah yang sering saya hadapi di sekolah, segelintir murid-murid tidak minat belajar Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Untuk permulaan, saya ingin berkongsi satu alternatif untuk menggalalakkan murid-murid minat untuk mendalami ilmu Matematik khususnya dalam Bahasa Inggeris. Pada pandangan saya, cara ini amat sesuai dipraktikkan pada peringkat awal kanak-kanak. Seawal umur 3 tahun hingga 7 tahun mereka boleh didedahkan dengan corak pembelajaran yang akan saya bincangkan ini....

Permulaan Kata Bermula Cerita

Alternatif yang ingin saya perkenalkan ialah, dataran nombor. Idea saya ini diilhamkan daripada laman web http://www.mathsyear2000.org/numberland. Dalam website ini, saya dapati bahawa, untuk mendatangkan minat kanak-kanak dalam matematik, mereka mestilah mengenali nombor dahulu. Aplikasi yang diperkenalkan dalam NUMBERLAND ialah kekotak nombor yang mempunyai cerita tersendiri. Untuk rujukan, rakan-rakan guru boleh melayar laman web http://www.mathsyear2000.org/numberland . Laman web ini sangat menarik dan sesuai dijadikan bahan rujukan bukan sahaja kepada guru. Malah anak-anak juga.

Mengikut sukatan pelajaran Matematik Tahun 1, Learning Area yang pertama ialah Whole Numbers Up To 10. Learning outcome yang pertama ialah ' Say and write numbers up to 10'. Untuk Tahun 1, guru perlu mengajar langkah demi langkah. ini adalah cadangan saya untuk langkah yang kedua iaitu " Write any numbers up to 10'.
Cadangan rancangan pengajaran harian:-
Guru mengedarkan sehelai kertas lukisan kepada setiap murid

Guru meminta murid menulis/melukis sebarang nombor mengikut kreativiti
masing-masing di atas kertas yang diberikan tadi
Contoh :











  • Selepas murid selesai melakarkan lukisan mereka, guru memilih salah satu daripada lukisan tersebut
  • Katakan guru memilih lukisan bernombor 5. Ceritakan apa yang boleh dikaitkan dengan ' number 5 '



Contoh :
The human body has 5 senses - touch, sight, hearing, smell and taste.



At the age of 5 in Britain you: have to start going to school